NAMA AHLI KUMPULAN:

1) JAMALIATUL JANNATI BT MAT ZAKRI (04DAT20F1012)

2) NUR IZZAH AQILAH BT MOHD MAWARDI (04DAT20F1009)

3) NUR ELISA BT ZOL (04DAT20F1006)

4) NURUL FARHANA BT RAZALI (04DAT20F1083)

5)WAN NUR AISHAH BT WAN MOHD ROZI (04DAT20F1024)


 PENDAHULUAN

Negara kita iaitu Malaysia terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri daripada bangsa, agama dan budaya yang berbeza. Islam dan Melayu bumiputera merupakan agama juga bangsa majoriti masyarakat Malaysia. Sebagai sebuah negara Islam, kita memegang prinsip yang diajarkan oleh agama Islam iaitu untuk menerima kehadiran agama lain serta berbuat baik sesama manusia. Oleh yang demikian, blog ini ditulis bertujuan untuk melihat apakah persepsi masyarakat non-Muslim terhadap dakwah Islam sepanjang mereka menetap di bumi Malaysia sebagai masyarakat minority dan juga peranan kita sebagai pendakwah agama Allah dalam memurnikan kefahaman mereka terhadap Islam.

 

Apakah persepsi masyarakat non-Muslim terhadap dakwah Islam?

 

Persepsi merupakan suatu gambaran, pandangan, tanggapan atau bayangan dalam hati atau fikiran tentang sesuatu. Menurut pendapat ahli-ahli psikologi, seseorang itu akan membentuk persepsi yang positif terhadap sesuatu idea atau perkara yang mempunyai kelebihan atau keistimewaan serta dapat menarik minat, citarasa, motivasi dan pengalamannya. Begitu juga sebaliknya, seseorang itu akan membentuk persepsi yang negatif jika sesuatu idea atau perkara tersebut tidak menarik minat, citarasa, motivasi dan pengalamannya. Berdasarkan pengertian tersebut, kita dapat lihat bahawa persepsi boleh membawa kepada dua bentuk iaitu pandangan positif dan juga pandangan negatif. Oleh itu, apakah cabaran yang menyebabkan pandangan serong masyarakat non-Muslim terhadap Islam.

 

1. Masyarakat non-Muslim terpengaruh dengan agenda Barat

     Kita dapat lihat bagaimana pihak Barat menggunakan media bagi mengecam orang Islam dan negara-negara Islam dengan pelbagai istilah. Mereka menggambarkan Islam sebagai penghalang kepada kemajuan dan kerana itulah masyarakat Islam dilihat sebagai ortodoks, fundamental dan konservatif. Istilah-istilah tersebut kemudiannya menjadi lebih keras dan kasar sehingga menampakkan setiap tindakan yang diambil oleh orang Islam sebagai menakutkan. Manakala, di atas dasar perasaan takut, mereka kemudian mencipta pula persepsi Islamofobia dan mengaitkannya dengan keganasan, pembunuhan, rampasan kuasa dan lain-lain tindakan jenayah. Sehinggakan, mereka membentuk persepsi bahawa pakaian yang digunakan sebahagian masyarakat Islam sebagai amat menakutkan atau ditafsirkan mempunyai kaitan dengan penjenayah. Oleh yang demikian, ikon Islam sudah dilihat sebagai suatu perkara yang salah dan bertentangan dengan kebebasan manusia.

 

2. Tanggapan buruk terhadap imej Islam

 Masyarakat non-Muslim bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia melihat akan perpecahan yang berlaku dalam kalangan umat Islam. Hal ini berlaku adalah kerana Negara Islam sendiri telah berpecah kepada kumpulan-kumpulan tertentu. Akibat daripada perpecahan ini, banyak masalah tidak dapat diselesaikan. Walaupun Islam sangat mengambil berat kepada perpaduan, tetapi masyarakat Islam terus berpecah dan menjadi lemah. Diantara sebab umat Islam berpecah ialah kerana lahirnya pelbagai parti politik dan pertubuhan dakwah dan sifat ketaksuban terhadap pemimpin. Hal ini menyebabkan, proses dakwah menghadapi masalah kerana sesuatu kumpulan tidak akan senang untuk menerima buah fikiran dari bukan kumpulannya .Peristiwa sebegini akhirnya menyebabkan masyarakat non-Muslim menjauhkan diri dengan masyarakat Islam.

 

3. Kefahaman rendah masyarakat non-Muslim terhadap Islam

  Kefahaman yang rendah oleh masyarakat non-Muslim terhadap ajaran Islam menimbulkan salah faham. Dalam suatu kajian, Professor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim berpandangan ajaran Islam tidak banyak diberikan kepada orang bukan Islam. Ajaran Islam yang sampai kepada mereka hanyalah secara umum sahaja seperti tidak boleh minum arak, tidak boleh makan babi, sehingga perkataan babi pun takut untuk digunakan dan digantikan dengan perkataan khinzir. Apabila ini berlaku, maka orang bukan Islam akan memandang serong kepada agama Islam kerana mereka tidak memahami kenapa dan mengapa suatu perkara itu dilarang kerana tidak mendapat penjelasan yang terperinci.

 

Setelah penghuraian dibuat di atas, disini pengkaji boleh menyimpulkan bahawa proses dakwah Islam di Malaysia mendapat pelbagai tanggapan dan pandangan daripada perspektif masyarakat bukan Islam terutamanya bangsa Cina dan India di Malaysia. Walaupun negara Malaysia diletakkan sebagai negara Islam, masih lagi banyak yang perlu diperbaiki dari pelbagai sudut bagi meningkatkan serta memartabatkan imej agama Islam di bumi Malaysia. Walaupun pada waktu ini, proses Islamisasi bukanlah dilihat sebagai suatu proses yang disenangi oleh masyarakat bukan Islam yang rata-ratanya dipengaruhi dengan sentimen negatif terhadap bangsa Melayu, namun, pengkaji percaya bahawa usaha yang jitu serta kebersamaan masyarakat Islam di Malaysia dalam memperbaiki imej agama Islam yang ditonjolkan kepada masyarakat bukan Islam di negara ini bukanlah suatu perkara yang mustahil. Proses dakwah semestinya perlu diteruskan dengan mencari punca-punca kepada masalah yang mewujudkan sentimen serta persepsi yang negatif, kemudian membaikinya dengan berusaha untuk memberikan kefahaman kepada masyarakat bukan Islam serta bersama-sama mengajak mereka dalam program-program yang melibatkan aktiviti kemasyarakatan bagi merapatkan jurang walaupun berlainan bangsa dan agama.

 gambar pendakwah muda iaitu Pencetus Ummah Haris Ismail

Peranan kita sebagai pendakwah agama Allah dalam memurnikan kefahaman mereka terhadap Islam?

 Pendakwah ialah seseorang yang melakukan kerja-kerja membimbing dan menyeru serta mengajak orang lain untuk berbuat kebaikan kepada Islam. Pendakwah ialah orang yang berusaha mengajak orang lain kepada Islam dengan cara tertentu. Oleh itu, pendakwah haruslah mempunyai kelengkapan yang mantap, yang ada hubungannya dengan agama Islam. Dengan kata lain pendakwah ialah seorang yang sanggup mengorbankan diri, harta dan waktunya untuk Allah swt. bagi menegakkan agama yang agung dan meneruskan tugas mulia para nabi dan rasul yang diutus oleh Allah swt. untuk menyeru manusia ke jalan Tuhan yang lurus serta menyuruh manusia membuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Apakah peranan kita sebagai pendakwah agama Allah dalam memurnikan kefahaman mereka terhadap Islam?

  • Sabar Ketika Menjalankan Tugas Dakwah

 Sabar menjadi tanda kesempurnaan ilmu pengetahuan. Perkataan yang lemah lembut menjadi anak kunci segala hati. Hati seorang pendakwah yang memiliki sifat sabar akan sentiasa tenang dan tidak mudah dikuasai oleh perasaan marah, tidak tergesa-gesa dan sentiasa bertindak dengan waras dan wajar, bermanis muka dan sentiasa senyum. Pendakwah hendaklah sanggup menerima kesusahan dan jangan bosan meneruskan dakwah sekalipun menemui pelbagai rintangan, kesusahan dan bencana. Allah akan sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar, pertolongan Allah akan sentiasa datang terhadap orang-orang yang sabar dalam menegakkan ajaran Islam. Seorang pendakwah tidak akan berjaya melainkan dengan sabar dan tetap dengan pendiriannya.Hal ini akan menyebabkan kaum yang beragama lain atau lebih dikenali sebagai non-Muslim lebih tertarik dengan agama islam .

  •      Bersikap Berani Kerana Benar

Islam memerintahkan manusia agar mengamalkan sifat benar, dan mereka yang mengamalkan sifat ini adalah orang-orang yang suka berbuat kebajikan serta taat kepada Allah dan rasulNya.Islam mempunyai pedoman yang jelas dan tegas serta sistem yang mudah untuk memperoleh kebenaran serta melaksanakan amal kebajikan yang memberi jaminan akan mengangkat martabat manusia ke tingkat yang sempurna dan mulia. Keberanian menegakkan kebenaran, dan keberanian untuk mencegah kemungkaran merupakan satu sikap yang harus dimiliki oleh pendakwah dalam menjalankan misi dakwah Islamiah. Hal ini dapat memberikan impak yang besar dalam menegakkan kepercayaan dan pandangan seseorang terutama non-Muslim terhadap Islam

  •     Peranan Pendakwah Sebagai Pembawa Berita Yang Baik

Seperti Rasulullah, pendakwah juga berperanan sebagai pembawa berita baik kepada sasarannya. Pendakwah seharusnya memberi khabar berita gembira kepada sasarannya dengan menyatakan bahawa mereka akan diberikan nikmat sekiranya melakukan apa yang disuruh. Selain itu pendakwah mesti menyatakan kegembiraan bagi mereka bahawa Allah akan mengampuni dosa mereka sekiranya mereka bertaubat dan balasannya keselamatan di dunia dan di akhirat, dengan itu tempat selayaknya ialah syurga.Hal yang sedemikian ,dapat mempengaruhi dan menarik keinginan seseorang itu untuk mendalami dan mengenali agama islam yang agung dan indah ini.

  •     Berdakwah dengan Sederhana Dalam Sikap dan Perbuatan

Tinggi rendahnya kedudukan seseorang ulama terletak pada sifat berpada-pada yang ada pada dirinya dan sikapnya berpada-pada dengan dunia ini. Begitu juga dengan tunjuk ajar yang telah diberikannya, sama ada mereka menerima atau menolaknya, mempercayai ataupun sebaliknya. Kesederhanaan dalam sikap dan perbuatan ini, akan melahirkan sikap tawadhu’, yang boleh membawa kepada kerendahan hati dan kesucian jiwa. Gerakan dakwah yang didasari oleh sikap kesederhanaan ini akan mampu memberikan teladan kepada orang-orang yang didakwah, sehingga gerakan dakwah akan menjadi lebih berkesan dan mampu diterima oleh masyarakat terutamanya masyarakat non-Muslim.

  •    Pendakwah Tidak Bersikap Menyembunyikan Ilmu

Ilmu pengetahuan mempunyai kedudukan yang amat istimewa dalam ajaran Islam, para ilmuan diberi kedudukan yang tinggi dalam hierarki sosial Islam sehingga mereka dianggap sebagai pewaris para nabi. Ilmu pengetahuan adalah kunci penjelas pelbagai kecenderungan kehidupan manusia dan masyarakat. Oleh itu, pelbagai permasalahan dunia Islam harus dijelaskan dalam penyebaran mengenai ilmu pengetahuan yang berkembang dalam masyarakat.Disini juga, Islam sangat mendorong umatnya supaya mencari sebanyak mungkin ilmu pengetahuan termasuk ilmu yang berguna untuk kehidupan manusia. Rasulullah juga turut merangsang umatnya supaya mencari ilmu dan menguasainya, kerana ilmu merupakan punca kemajuan dan pembangunan sesuatu bangsa serta boleh mendatangkan kebahagian hidup dan taqwa.Dengan demikian, para pendakwah seharusnya melapangkan jiwa untuk menggali dan mempelajari ilmu pengetahuan dengan sepenuh hati dan fikiran, agar dapat menghidangkan berbagai santapan yang lazat dan menjadi ubat bagi jamaah.Oleh itu, seorang pendakwah hendaklah sentiasa menuntut ilmu dan juga mengajarkannya kepada orang lain. Sudah terang lagi bersuluh bahawa orang yang mempunyai ilmu dan tidak menyembunyikan ilmu yang ada padanya malah sentiasa berkongsi ilmunya ,dapat mengajak ramai orang untuk melibatkan diri dalam agama islam daripada pelbagai kaum yang bukan beragama islam.

  •  Berbuat Baik terhadap Orang Bukan Islam

Kita haruslah berbuat baik terhadap mereka walaupun mereka menganggap bahawa islam adalah agama yang jahat. Seperti dinyatakan dalam al-Quran yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami memuliakan anak cucu Adam.” (Surah al-Isra’, ayat 70). Hal ini kerana Islam memerintahkan supaya berbuat baik kepada mereka menjadi dasar utama dalam berinteraksi antara seorang Muslim dengan bukan Islam yang lain. Apabila kita berbuat baik kepada mereka, mereka akan berfikir bahawa Islam adalah agama yang mulia kerana sikap kita melambangkan agama yang kita panuti.

 

  • Dakwah dengan Harta

  Kita boleh memurnikan kefahaman mereka terhadap Islam melalui harta. Kebiasaannya dakwah melalui harta ini dilakukan oleh orang kaya atau ternama. Anda mesti pernah dengar nama Ustaz Ebit Lew bukan? Beliau merupakan seorang pendakwah Islam yang berbangsa cina. Beliau juga terkenal kerana sering memberi sumbangan terhadap golongan yang memerlukan. Sudah ramai yang telah dibantu oleh beliau dari segi makanan, tempat tinggal dan perubatan. Beliau membantu semua orang yang memerlukan bantuan tidak mengira bangsa dan agama. Melihat dari segi dakwah beliau, ramai golongan bukan Islam yang telah memeluk Islam dan menganggap bahawa Islam ini agama yang indah. Oleh itu, dari segi kewangan juga dapat membantu orang bukan Islam ini mempunyai pandangan yang baik terhadap agama kita.

 Akhirnya, pendakwah ialah orang-orang yang memiliki banyak kelebihan, iaitu seorang pendakwah harus mampu menegakkan ajaran Islam dengan segala cabarannya, mampu menjelaskan kepada umat manusia bahawa Islam sangat sesuai bagi kehidupan, mampu menyumbangkan peradapan dan kemajuan.Faktor pendakwah merupakan kunci dakwah, ditangannyalah dakwah mendapat kejayaan atau kegagalan. Pendakwah adalah kunci keselamatan umat. Dengan pendakwah, kedudukan umat menjadi tinggi, kemulian dapat dibangun sehingga umat menjadi maju. Dengan demikian dapatlah disimpulkan bahawa pendakwah ialah orang-orang yang menyeru kepada Islam yang memiliki kelengkapan yang istimewa guna melaksanakan dakwah dengan sebaiknya.Disini juga,telah dijelaskan bahawa pendakwah mampu mengembangkan umat islam terutama dalam menyeru non-Muslim dari pelbagai kaum untuk mendekati dan memasuki agama islam.

 

 KESIMPULAN

 Proses dakwah Islam di Malaysia bukanlah suatu perkara baharu. Malah, proses ini telah wujud sejak beratus-ratus tahun dahulu hasil daripada pelbagai faktor antaranya ialah perdagangan, perkahwinan dan lain-lain. Sebagai masyarakat Muslim di Malaysia, kajian ini ingin melihat dengan lebih mendalam berkenaan dengan tanggapan atau pemikiran rakyat non-Muslim terhadap Islam di sini secara keseluruhan.

 

 Rujukan;

 -http://www.ukm.my/bicaradakwah/wp-content/uploads/2018/10/PERANAN-INSTITUSI-AGAMA-DALAM-DAKWAH-KEPADA-MASYARAKAT-MAJMUK-DI-MALAYSIA.pdf 

 - http://conference.kuis.edu.my/irsyad/images/eproceeding/2018/1085-irsyad-2018.pdf

 -6 Panduan Berdakwah Kepada Rakan Bukan Islam (tzkrh.com)

 -https://core.ac.uk/download/pdf/268876622.pdf

 -https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/12/102334/pendakwah-perlu-berilmu-bukan-berasaskan-populariti

Comments

Post a Comment